Bab
2
Malam
itu, sepatutnya malam istimewa bagi Aisya Umaira bersama suami, tetapi suaminya
memilih untuk mengikut keluarganya pulang dan akan datang keesokan harinya.
Tidak mustahil esok, selepas majlis kesyukuran, suaminya akan pulang juga
bersama keluarganya.
Aisya
Umaira menarik nafas panjang. Ke manakah hala tuju hidupnya selepas ini? Memang
beginikah nasib seorang gadis yang bernikah di atas aturan keluarga? Mungkinkah
luka lama akan berdarah kembali?
Andai
itu terjadi, sudah pasti lukanya akan lebih pedih dari sebelum ini. Dahulu,
Aisya Umaira sekadar tunangan orang. Tetapi sekarang, Hubungan itu sudah
melangkah lebih jauh. Andai terlerai ditengah jalan, pasti lukanya akan lebih
dalam.
“Ya
Allah, lindungilah hubungan yang baru bermula ini. Kurniakanlah kami keberkatan
dunia dan akhirat,” doa Aisya Umaira. Air mata mengalir tanpa diminta.
Aisya
Umaira memejamkan mata. Seperti kebiasaan, ayat Qursi dan Al Fatihah akan
meniti di bibirnya. Hadiah istimewa kepada arwah ibu yang sudah lama dirindui.
Puas
memujuk mata agar boleh terlena tetapi wajah Amsyar pula menyapa di bayangan
Aisya Umaira.
Amsyar
memang memiliki personaliti yang agak menarik. Berbadan tinggi lampai, memiliki
wajah campuran arab-melayu dan lebih menaikkan personalitinya ialah Amsyar
merupakan pewaris kepada salah seorang usahawan melayu yang berjaya di daerah
ini.
Aisya
Umaira sendiri agak terkejut apabila dimaklumkan keluarga ternama Amsyar datang
untuk melamarnya. Perasaan berbolak-balik sebelum memberi jawapan akhirnya
terlerai apabila Amsyar sendiri datang memberikan jawapan.
“Saya
sudah memerhati Umaira sejak setahun yang lalu. Sikap sederhana Umaira
betul-betul mengikat hati saya,” pengakuan pertama yang terluah dari bibir
Amsyar membuatkan lidah Aisya Umaira kelu.
“Apabila
pasti Umaira bukan milik sesiapa, saya nekad untuk memiliki Umaira,” itu pula
pengakuan kedua Amsyar.
“Saya
sudah memohon jawapan dari istiqarah. Jawapan yang saya dapat… Umairalah gadis
terpilih itu,” pengakuan ketiga yang membuatkan Aisya Umaira tidak ragu-ragu
lagi untuk menerima Amsyar. Jika itu petunjuk dari yang maha pencipta, tiada
satu alasan pun mampu unytuk menidakkannya.
Tetapi,
siapa sangka kata-kata itu hanyalah omongan kosong seorang lelaki bernama
Amsyar. Peristiwa sebulan lalu terimbas kembali. Pengakuan demi pengakuan yang
didengar dan dilihat sendiri oleh Aisya Umaira di restoran itu membongkar
segalanya.
Mungkin
itulah petunjuk yang Allah berikan setelah Aisya Umaira membuat solat istiqarah
hampir setiap malam.
Mengimbas
peristiwa pahit itu, Aisya Umaira sedang menunggu seorang teman di sebuah
restoran, tanpa sengaja Aisya Umaira ternampak Amsyar yang sedang memasuki
restoran yang sama untuk menjamu selera dengan kawan-kawannya.
Niat
awal sekadar ingin mendengar perbualan tunanganya itu akhirnya membawa kepada
satu keputusan nekad bagi diri Aisya Umaira. Aisya Umaira meminta keluarganya
memutuskan pertunangan yang berbaki sebulan sebelum tarikh pernikahan.
“Jika
pertunangan ini diputuskan oleh pihak perempuan, kami tidak mampu berkata
apa-apa lagi,” mukadimah daripada seorang saudara keluarga tunangan Aisya
Umaira.
“Tetapi
belanja yang kami keluarkan bukan sedikit…” sambung seorang wanita di sebelah
lelaki itu pula.“Jadi…”
“Iya,
kami akan pulangkan kesemua belanja yang pihak lelaki keluarkan dulu,” putus
Ayah Aisya Umaira.
“Termasuk
perbelanjaan yang sudah kami laburkan untuk majlis sebulan lagi…” Wanita itu
berkata lagi.
“Iya,
kami akan gantikan kesemuanya,” kali kedua jaminan dijanjikan oleh ayah Aisya
Umaira.
Bukan
sedikit perbelanjaan yang terpaksa Aisya Umaira keluarkan. Keluarga pihak
lelaki meminta segala kos yang pernah mereka keluarkan semasa majlis
pertunangan dulu supaya dipulangkan. Tidak cukup dengan itu, Aisya Umaira
terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menggantikan perbelanjaan yang sudah
dibuat untuk majlis perkahwinan mereka.
Sedang
Aisya Umaira mengubati luka, rombongan merisik datang lagi! Entah kenapa,
senang sahaja umi dan ayah menerima pinangan itu sedangkan Aisya Umaira masih
termangu di awang-awangan mencari hati yang sudah hilang entah ke mana. Hilang
di rentap oleh lelaki bernama Amsyar!
Tarikh
yang sepatutnya Aisya Umaira bersanding di pelaminan bersama Amsyar, telah
digantikan dengan Raid Sulaiman bin Hamsani.
Siapakah
Raid sulaiman? Di mana istimewanya Raid Sulaiman sehingga umi dan ayah menerima
lamarannya tanpa banyak perkiraan? Ikhlaskah Raid Sulaiman menerima Aisya
Umaira yang pernah dihina oleh Amsyar ini?
Peristiwa
siang tadi terpapar semula. Betapa lembutnya sikap Raid semasa upacara
pembatalan air sembahyang dan betapa dinginnya sikap Raid selepas upacara itu.
Sehingga tega meninggalkan Aisya Umaira di malam pertama pernikahan mereka.
Aisya
Umaira tidak mampu mencari segala jawapannya dalam masa satu malam. Apa yang
mampu Aisya lakukan hanyalah memohon agar Allah berikan yang terbaik bagi
dirinya dan perhubungan yang baru terjalin ini.
Aisya
Umaira akhirnya terlena. Lena pertama sebagai seorang isteri. Isteri kepada
Raid Sulaiman bin Hamsani.
Sayup-sayup
Azan subuh berkumandang di pendengaran Aisya Umaira. Terasa baru sahaja
memejamkan mata sambil melayani perasaan yang dirinya sendiri tidak tahu
jawapannya.
“Ah
dah subuh rupanya…” Aisya Umaira meraup wajahnya. Melurut-lurut rambut yang
kusut. Aisya Umaira kemudian mencapai sehelai tuala lalu diletakkan di atas
kepala sebagai penutup rambut. Aisya Umaira maklum, di ruang tamu ramai kaum
keluarga dari daerah lain tumpang bermalam.
Aisya
Umaira melangkah keluar dari dalam bilik pengantin menuju ke bilik air yang
bersebelahan dapur. Situasi biasa bagi sebuah rumah kampung
“Hai
pengantin baru, awal bangun?” teguran dari mak long, kakak kepada umi.
“Isya
dah biasa bangun awal mak long,” jawab Aisya Umaira perlahan.
“Iya,
mak long tahu Isya dah biasa bangun awal…takkan dah biasa ‘yang tu’ pulak.”
Aisya Umaira mengerutkan kening. Cuba mencerna maksud kata-kata mak long
sebentar tadi.
“Macamana?”
mak long bertanya separuh berbisik. Keningnya di angkat-angkat. Konon-konon
hendak meniru Ziana Zain agaknya.
“Mak
long! Pak long panggil kat luar. Dia kata minta tolong lap meja.” Aisya Umaira
segera berlalu meninggalkan mak long yang masih berdiri terkulat-kulat di tepi
pintu bilik pengantin.
Seketika
kemudian…
“Aisya
Umaira binti Ahmad! Pak long kau kan dah meninggal empat tahun lepas? Bila
pulak dia panggil mak long? Hiysss budak ni!” Mak long berlalu keluar rumah
dengan bebelan yang hanya dia seorang dapat memahami apa yang dikatakannya.
Sementara
Aisya Umaira di dalam bilik air, terduduk menekan perut menahan ketawa mengenangkan
telatah mak longnya tadi.
“Kenakan
orang lagi! Baru dia tahu, Aisya Umaira pun boleh jadi sengal macam dia juga!”
Aisya Umaira terkekeh-kekeh sendirian.
No comments:
Post a Comment