Bab 3
“Ingat
Isya, dalam ikatan perkahwinan, tolak dan ansur itu amat perlu.”Aisya Umaira
sekadar mengangguk. Di dalam keadaan masih berteka teki akan penerimaan
suaminya, Aisya Umaira tidak berani memberi jaminan.
“Ibarat
memegang dua hujung seutas tali, jika suami menegangkan, isteri haruslah
mengendurkan tali itu. Jika kedua-dua menarik, tidak mustahil tali itu akan
putus,” umi tidak putus menitipkan pesanan kepada puteri sulungnya itu.
Walaupun
bukan lahir dari rahimnya sendiri, kasih sayang Umi kepada Aisya Umaira tidak
perlu dipertikaikan lagi.
Ketukkan
bertalu-talu di luar bilik menarik perhatian Aisya Umaira dan Umi yang sedang
khyusuk berbual-bual. Bukan berbual kosong, tetapi titipan pesanan dan nasihat
untuk bekalan anak tersayang.
“Mak
ngah, ini baju pengantin perempuan. Tadi wakil keluarga sebelah sana yang
hantar,” Umi yang kepelikkan sekadar mengerutkan dahi. “Tadi, orang tu pesan,
suruh Kak Isya pakai untuk majlis hari ini,” titipan pesan sekadar dijawab
dengan anggukan.
“Terima
kasih ya,” hampir terlupa pula untuk umi mengatakan dua patah perkataan yang
menandakan penghargaan apabila kita menerima sesuatu.
“Apa
tu umi?” walaupun sudah melihat apa dipegangan Umi, Aisya Umaira tetap
bertanya.
“Nah,
pengantin lelaki suruh Isya pakai,” umi menyerahkan sepasang jubah berserta
tudung berwarna kuning susu, ringkas bersulam manik di hujung lengan dan di
kaki jubah.
“Macam
nak bersanding aje ni umi?” tanya Aisya Umaira kehairanan.
“Pakai
aje… cantik baju ni. Warnanya sesuai sangat dengan kulit Isya yang cerah,” puji
umi sambil menelek-nelak jubah yang masih dipegangan.
“Tapi
bila pula mereka menyediakan baju ni? Seingat Isya, tak ada pun jubah kat butik
yang kami pergi sebelumni,” Aisya Umaira masih berteka-teki.
“Pakai
ajelah,” umi malas mahu berbahas panjang. Ligat saja tangannya menanggalkan
plastik pembalut dan penyangkut jubah itu.
Segaris
senyuman terbit di bibir Aisya Umaira. Mungkinkah persalinan itu titipan
daripada suaminya? Jika betul, bermakna telahan Aisya Umaira sebelum ini adalah
sekadar ilusinya sahaja.
“Senyum
pula budak ni. Nak umi tolong pakaikan?” Aisya Umaira laju menggeleng.
Menginjak
tengahari, rombongan keluarga pengantin lelaki selamat sampai. Kemeriahan
semakin terasa apabila kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
Mata
Aisya Umaira tidak henti mencari kelibat seseorang. “Dia tidak datang ke?”
bisik Aisya Umaira sendirian.
Anak
mata Aisya Umaira liar mencari bayangan suaminya di celah-celah tetamu yang
datang. Langsung tidak kelihatan. Malah sesi berkenalan dan bergambar dengan
kaum keluarga sebelah pengantin lelaki hanya ditemani oleh ibu mertua Aisya
Umaira.
Seperti
yang dijangka, Aisya Umaira diminta sekali lagi duduk di pelamin. Bergambar
kenangan dengan ahli keluarga Raid yang datang. Walaupun tanpa Raid yang
sepatutnya ada bersama, Aisya Umaira sekadar mendiamkan diri. Melayani tetamu
dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Isya,
Raid dah sampai tu. Ajak Raid makan di dalam nak,” lunak suara Ibu mertua Aisya
Umaira menyuruhnya mengajak Raid menjamu selera di dalam rumah. Aisya Umaira
sekadar mengangguk dan berlalu mencari suaminya di perkarangan rumah.
“Patutlah
tak nampak bayang, datang lewat rupanya,”omel Aisya Umaira sendirian.
“Abang,
mak suruh makan kat dalam. Jom.”Aisya Umaira memegang hujung bahu Raid.
Aisya
Umaira meneliti baju Melayu yang Raid pakai. Fabrik dan warnanyanya adalah dari
jenis yang sama dengan fabrik jubah yang dipakainya.
Raid
sekadar tersenyum. “Abang makan dengan kawan-kawan kat luar. Isya makan dengan
mak saja ya,”
Terkedu
Aisya Umaira dengan jawapan itu. Satu jawapan ikhlas atau satu penolakan? Aisya
Umaira berlalu dengan perasaan kosong.
“Mana
Raid?” pertanyaan pertama menyapa pendengaran Aisya Umaira sebaik sahaja
memasuki rumah.
“Abang
Raid makan dengan kawan-kawan dia di luar mak,” beritahu Aisya Umaira jujur.
“Hisss
budak Raid ni, dah kawin pun asyik lebihkan kawan-kawan lagi,” bebelan mak
mertua Aisya Umaira memberi petunjuk baru dibenak Aisya Umaira.
‘Mungkinkah
dia memang sudah biasa begitu? Bukan kerana ingin mengelak dari diriku?’ soal
Aisya Umaira di benak ynag paling dalam. Umi sudah berpesan, sentiasa bersangka
baik terutama kepada suami sendiri.
“Jomlah
kita makan. Mak dah lama nak makan dengan menantu mak ni.” Ibu mertua Aisya
umaira menarik tanagn Aisya Umaira menuju ke arah umi dan mak long yang sedang
menyusun juadah di atas meja.
“Kak
Isya, nanti lepas makan, jumpa kawan-kawan Zahra ye” pesan Fatima Zahra adik
tiri Aisya Umaira. Hanya angukkan sebagai jawapan sebelum Fatima Zahra berlalu.
Penat
melayani tetamu yang datang, Aisya Umaira membawa diri ke dapur. Lengan jubah
di singsing sehingga ke siku. Ligat sahaja tangannya mencapai pinggan mangkuk
yang tersadai di sink. Satu persatu disabun dan dibilas.
Sebagaimana
lincahnya tangan membuat kerja, begitu juga ligatnya minda Aisya Umaira
berfikir. Memikirkan siapa sebenarnya dirinya di mata suaminya itu. Satu masa,
Aisya Umaira merasa begitu di hargai, pada satu masa lain pula dia merasa
begitu tidak diperlukan.
“Laa…
di sini rupanya menantu mak ni,” tegur satu suara dari belakang. Aisya Umaira
segera menoleh. Ibu mertua dan mak long tersenyum di belakangnya.
“Buat
apa pengantin buat kerja sorang-sorang pula ni?” tanya mak long pula.
“Hari
ni kan hari untuk merai Isya. Isya dianggap permaisuri harini tau.” Ibu mertua
Aisya Umaira memegang bahunya lalu dipalingkan menghadap dirinya. “Berpeluh dah
ni…” spontan ibu mertua Aisya Umaira mengesat peluh di pipi Aisya Umaira dengan
jarinya.
“Isya
ni memang begitu cik yam oi. Tak reti dia nak duduk diam. Dah berjangkit
perangai budak-budak tadika tu agaknya.” Mak long memberi andaian yang disambut
dengan jeliran dari Aisya Umaira.
“Mak
nak balik dah,” kepala Aisya Umaira diusap perlahan.
Dari
halaman rumah sudah kelihatan Aisya Umaira berjalan berpimpin tangan dengan ibu
mertuanya. Jelas keserasian terjalin diantara ibu mertua dan menantu tersebut.
Di hujung sana, sepasang mata sedari tadi memerhati. Siapa lagi jika bukan Raid
Sulaiman suami Aisya Umaira.
Usai
berpamitan, Aisya Umaira terus melangkah memasuki rumah. Laju sahaja langkah
Aisya Umaira memasuki bilik. mengambil tuala dan pakaian persalinan untuk
dibawa ke dalam bilik air. Badan yang terasa melekit harus di segarkan kembali
sebelum mengerjakan solat.
“Laju
je Isha? Tetamu belum habis balik lagilah,” tiba-tiba mak long tercegat ditepi
pintu bilik air dengan senyuman senget. Aisya Umaira mengerutkan dahi
memikirkan maksud mak long. Seketika kemudian Aisya Umaira tersenyum.
“Isya
tak solat zohor lagi mak long,”
“Mak
long tahu… pergilah cepat.” Mak long masih dengan senyum sengetnya.
Sekembalinya
Aisya Umaira ke dalam bilik, cepat sahaja Aisya Umaira menangalkan tudung yang
tersarung di kepala. Rambut yang basah perlu dikeringkan terlebih dahulu. Aisya
Umaira meletakkan sehelai tuala di kepala lalu mengosok-gosokkan agar air yang
melekat dirambut dapat diserap.
“Bila
rambut dah kering, jangan solat dulu... Kita solat bersama nanti. Abang nak
ambil wuduk sekejap,” tangan Aisya Umaira terhenti apabila mendengar suara itu.
Raid? Bila dia masuk? Sebaik sahaja Aisya Umaira menoleh, Raid sudah membuka
pintu dan keluar tanpa menoleh Aisya Umaira yang masih terngangga.
“Dia
nak solat dengan aku ke?” tanya Aisya Umaira kepada diri sendiri. Laju
tangannya memegang dada yang tiba-tiba berdetak lebih kencang dari biasa.
“Dia
tidur sini ke nanti?” Aisya Umaira berbisik sambil merenung pantulan wajahnya
di cermin. Bulu romanya tiba-tiba terasa menegak. Laju saja tangan Aisya Umaira
mengosok tangan dan tengkuknya.
Semakin
laju di gosok, semakin menegak pula bulu roma yang tumbuh halus ditangannya
itu. Akhirnya Aisya Umaira sekadar membiarkan dan memeluk tubuh untuk
menghilangkan kegugupan..
‘Apalah
kau Isya! Dia tak tidur sini kau menangis. Dia nak tidur sini, kau gelabah
pula,’ bebel Aisya Umaira di dalam hati kepada dirinya sendiri.
“Seram
ke… sejuk?” satu pertanyaan menyingah di pendengaran Aisya Umaira.
“Errr…
tak…tak” Aisya Umaira tiba-tiba menjadi gugup apabila mendengar suara suaminya
tadi. Suara Raid kedengaran lembut dan mengoda di cuping telinga Aisya Umaira.
“Dah
sedia? Jom,” satu pertanyaan lagi singgah di cuping telinga Aisya Umaira.
“Hah?”
“Dah
sedia ke?”
“Errr…”
“Nah
pakai cepat. Zohor dah di penghujung ni,” huluran telekung berwarna putih
daripada Raid memadamkan segala tafsiran yang bukan-bukan sebentar tadi.
Kali
pertama menjadi makmum kepada suami yang baru dua hari halal baginya, satu
pengalaman baru bagi Aisya Umaira. Bait-bait doa selepas solat memohon
kerukunan rumahtangga mereka oleh Raid menjadikan Aisya Umaira sebak.
Aisya
Umaira menghulurkan tangan kepada Raid sebaik sahaja mengaminkan doa Raid. Kali
ketiga mengucup tangan seorang lelaki bergelar suami membuatkan dada Aisya
Umaira berdegup tidak menentu.
Bagaikan
tersedar dari mimpi, Aisya Umaira tersentak apabila satu kucupan melekat di
dahi. Seketika kemudian kedua belah pipinya pula menerima kucupan pertama dari
Raid. Serta-merta muka Aisya Umaira kemerahan.
“Sakit
ke?” Raid mengelus-elus lembut pipi Aisya Umaira. Seketika jemari itu berhenti
di lekukan yang dalam di pipi Aisya Umaira. Sebuah senyuman lagi dihadiahkan
kepada Aisya Umaira membuatkan wanita itu tidak menentu.
“Emmm…
tak…errr…” tidak tahu yang ingin dikatakan untuk menjawab pertanyaan suaminya
sebentar tadi. Seketika, pandangan mata mereka bertemu.
“Isya,
abang tahu perkahwinan kita terlalu mendadak bagi Isya. Tapi abang faham. Isya
perlukan masa untuk menerima situasi baru ini…” Raid memegang kedua tangan
Aisya Umaira.
“Seperti
Isya, abang juga ada kenangan silam yang harus dipadamkan. Jadi kita sama-sama
saling memberi masa untuk saling menerima ya…”sambung Raid lagi. Aisya Umaira
menjadi kelu. Cuba mentafsir apa yang ingin disampaikan oleh suaminya itu.
“Isya…
Isya…” buntu untuk mencari perkatan yang sesuai untuk diucapkan.
Atas
nasihat umi, Aisya Umaira membuka sedikit demi sedikit pintu hatinya untuk
lelaki yang baru dua hari sah menjadi suaminya ini. Iya, dirinya sudah
bersedia. Tetapi tidak disangka, begini pula jadinya.
“Abang
akan tunggu sehingga Isya bersedia,” tutur Raid separuh berbisik. Belakang
tangan Aisya Umaira yang masih dalam gengaman di kucup perlahan.
“Abang,
Isya dah bersedia!” jerit Aisya Umaira. Sekadar di dalam hati.
“Kita
mulakan suai kenal dari sekarang?” tanya Raid dengan tenungan yang tajam.
Kalah
dengan tenungan itu, Aisya Umaira menundukkan wajah. Tanpa disangka, sekali
lagi ubun-ubun Aisya Umaira menerima kucupan.
“Betul?”
Aisya Umaira memberanikan diri merenung wajah suaminya itu. Mencari keikhlasan
dalam bicara yang baru dituturkannya tadi.
“Iya,
kita sama-sama saling membantu. Sama-sama memberi peluang dan sama-sama membuka
hati ini…” Raid meletakkan tangan Aisya Umaira yang masih dalam gengaman ke
dadanya. “Dan hati ini…” jemari yang masih bertaut dibawa pula ke dada Aisya
Umaira.
Malam
itu, debaran di dada Aisya Umaira kembali kencang. Bukan kerana adanya Raid
disisi. Tetapi Sehingg jam menunjukkan ke angka dua pagi, Raid langsung tidak
menampakkan diri.
Aisya
Umaira memberanikan diri meninjau ke luar bilik. Di ruang tamu, kosong. Di
dapur, kosong. Malah di bilik mengaji, juga kosong.
“Baru
siang tadi kata nak saling membuka hati. Sekarang kat mana pula dia sorok pintu
hati tu?” desis Aisya Umaira separuh membebel.
Sedang
enak berteka-teki sendirian, pendengaran Aisya Umaira tiba-tiba terarah kepada
suara percakapan yang sayup-sayup dari luar rumah. Perlahan Aisya Umaira
mendekati pintu yang tertutup rapat itu.
“Emy,
abang faham… tapi sekarang abang di rumah dia. Abang tak boleh keluar
sewenangnya,” suara Raid jelas kedengaran walaupun separuh berbisik.
“Iya…abang
pun rindukan Emy…” bagaikan halilintar, kata-kata Raid sudah menyambar hati
Aisya Umaira sehingga rentung. Menjadi abu. Berterbangan ditiup angin.
Perlahan
Aisya Umaira mengundurkan diri. Sebaik sahaja berpaling, badan Aisya Umaira
berlaga dengan seseorang.
“Ouchhh!”
Aisya Umaira merasa senak. Hantukkan di kepala dengan kepala seseorang
memadamkan seketika ingatan Aisya Umaira kepada bicara yang didengarnya sebentar
tadi.
“Kakak!
Buat apa dalam gelap ni?” soal Fatima Zahra kehairanan. Tangannya laju mengosok
kepala yang terhantuk tadi.
“Kakak
saja nak pastikan pintu ni dah kunci ke belum,” helah Aisya Umaira. Cepat saja
tangan adiknya ditarik menuju ke bilik adiknya.
“Buat
apa pergi bilik adik?”tanya Fatima Zahra yang muda tujuh tahun daripada Aisya
Umaira itu.
“Malam
ni boleh kakak tidur dengan adik?” pinta Aisya Umaira berserta muka yang
dibuat-buat sedih.
“Laki
kakak kan ada. Tidur dengan dialah” jawab Fatima Zahra tanpa perasaan.
“Lepas
ni, mungkin kakak dah tak boleh tidur dengan adik, mesti adik rindu bau ketiak
kakak nanti,” dagu Fatima Zahra dicuit.
“Buat
apa bau ketiak kakak, bau ketiak umi lagi wangilah!” pintas Fatima Zahra tidak
mahu kalah.
“Boleh
ya…malam ni kakak tidur dengan adik?” suara ceria sebentar tadi sudah bertukar
sendu. Sendu mengingatkan orang yang menabur janji rupanya sekadar bermulut
manis.
“Alo
lo lo loo… okey lah. Malam ini saja tau!” putus Fatima Zahra.
“Kakak
sayang adik,” Aisya Umaira memeluk erat tubuh Fatima Zahra. Air mata yang
bertakung sedari tadi terhambur jua. Pelukan kakak dibalas erat. Mengharapkan
esakan kakak mampu ditenangkan dengan kehangatan pelukan seorang adik.
Tanpa
dua beradik itu sedari, sepasang telinga mendengar perbualan mereka di balik
pintu.
“Aisya
Umaira…maafkan abang…” Dia berlalu melangkah ke bilik pengantin yang sudah
hilang penyeri itu.
No comments:
Post a Comment