Bab 1
Suasana
hingar-bingar di ruang tamu dengan gelak ketawa dan perbualan kedua-dua belah
keluarga terhenti. Semua mata dan telinga tertumpu kepada pengantin lelaki yang
segak berbaju melayu putih gading. Tertib duduk beralaskan sebiji kusyen tebal
berbentuk bulat sementara tangannya kemas dalam genggaman lelaki berserban juga
memakai pakaian serba putih.
“Sah?”
“Sah!”
“Sah!”
Lelaki
berserban mengangkat tangan dan memulakan bacaan doa. Usai bacaan doa,
pengantin lelaki bangun dari tempat duduknya menuju ke bilik pengantin untuk
menunaikan solat sujud syukur.
Tidak
jauh dari tempat upacara lafaz ijab dan kabul, Aisya Umaira santun duduk
bersimpuh juga di atas sebiji kusyen di sudut pelamin yang bertema biru. Tiada
tafsiran yang dapat diungkap daripada riak wajahnya.
Tiada
air mata kegembiraan seperti pengantin-pengantin perempuan lain. Tiada jua
mimik wajah kebencian atau keterpaksaan, malah tiada riak teruja. Yang ada
hanyalah pandangan kosong.
Suasana
tenang sebentar tadi kembali hingar-bingar apabila pengantin lelaki menuju ke
arah Aisya Umaira. Kotak baldu berwarna merah hati dibuka. Tangan Aisya Umaira
diraih lalu sebentuk cincin bertakhtakan sebutir berlian disarungkan ke jari
manis. Aisya Umaira tunduk lalu mengucup tangan suaminya buat kali pertama.
‘Ya
Allah berkati hubungan kami ini…’ doa Aisya Umaira di dalam hati.
“Isya…”
umi yang setia menemani sejak majlis bermula menghulurkan sebuah kotak kecil
berwarna biru kepada Aisya Umaira. Di dalamnya, tersedia seutas jam tangan,
hadiah untuk suami sebagai pengganti cincin perkahwinan.
Aisya
Umaira menjadi serba salah apabila melihat di pergelangan tangan kanan suaminya
sudah ada sepasang jam tangan. Aisya Umaira segera menoleh kepada uminya
meminta agar dapat memberi jawapan.
Seperti
sudah memahami apa yang Aisya Umaira fikirkan, suami Aisya Umaira terus
menanggalkan jam tangan di tangannya lalu menyerahkan kepada seorang lelaki
yang berada disebelahnya. Dia kemudianya menghulurkan tangannya kepada Aisya
Umaira dengan sedikit senyuman.
Bunyi
petikan kamera merakam kenangan indah itu bertalu-talu jelas kedengaran.
Seketika, pengantin lelaki menyeluk sesuatu dari poket baju melayunya. Seutas
rantai tangan emas dikeluarkan lalu tangan Aisya Umaira diraih sekali lagi.
Pengantin lelaki memasangkan rantai tangan tadi. Tanpa di sangka, pengantin
lelaki menarik tangan Aisya Umaira lebih dekat lalu dikucup seketika.
Sorakan
berserta tepukan dari ahli keluarga yang menyaksikan peristiwa indah itu
membuatkan suasana ruang sederhana luas tersebut menjadi gamat.
Pengantin
lelaki melepaskan sebelah genggaman tangannya dari tangan Aisya Umaira lalu
memegang dagu isteri yang baru dinikahinya itu. Sebuah kucupan singgah di
ubun-ubun.
Tanpa
disedari, setitis mutiara mengalir di pipi Aisya Umaira. Sungguh, dia
tersentuh. Aisya Umaira yakin lelaki yang sudah menjadi suaminya ini menerima
dirinya bukan sekadar atas permintaan keluarga.
‘Dia
ialah imamku mulai sekarang. Aku akan menjadi makmum yang setia kepadanya
sehingga akhir hayatku…,’ Aisya Umaira meletakkan azam di dalam hati.
Perlahan,
jemari suami Aisya Umaira menyeka air mata yang mengalir dipipi Aisya Umaira.
Matanya merenung tepat anak mata Aisya Umaira. Seketika,kepalanya digelengkan perlahan. Dia kemudiannya tersenyum kembali.
Matanya merenung tepat anak mata Aisya Umaira. Seketika,kepalanya digelengkan perlahan. Dia kemudiannya tersenyum kembali.
Aisya
Umaira seakan memahami bahasa yang di tunjukkan suaminya itu lalu mengukir
senyuman. Suami Aisya Umaira mengangguk sebelum menarik tangan Aisya Umaira
agar bangun untuk bersalaman dengan ahli keluarga.
Bunyi
petikan kamera masih lagi kedengaran. Silih berganti dengan suara usikan dari
kaum keluarga. Seperti yang dirancangkan, sebaik sahaja upacara akad nikah dan
upacara membatalkan air sembahyang, pasangan pengantin akan bersanding di
pelamin yang dihias serba ringkas. Semua itu adalah permintaan Aisya Umaira.
Tiada
sebarang ucapan terluah diantara pengantin lelaki dan Aisya Umaira sepanjang
persandingan. Yang ada hanyalah aksi-aksi bergambar yang dipinta oleh juru
gambar dan kaum keluarga yang mengambil kesempatan mengambil gambar kenangan.
Selesai
upacara bersanding dan mengambil gambar kenangan, kedua pengantin diarak ke
meja makan beradap. Sesi usik-mengusik yang masih berlarutan hanya disambut
dengan senyuman oleh kedua mempelai.
Usai
menjamu selera, keluarga pengantin lelaki memohon diri. Esok adalah hari jamuan
kesyukuran untuk pengantin.
“Abang
balik dulu… esok abang datang lagi…” ayat pertama terluah daripada bibir
pengantin lelaki selepas mereka diijab kabulkan. Huluran tangan suaminya
disambut lalu dikucup seketika.
Aisya
Umaira terkedu. ‘Dia nak balik? Bukankah umi kata dia akan terus bermalam di
sini?’ tanya Aisya Umaira sekadar di dalam hati. Berbagai andaian mula berlegar
di minda Aisya Umaira. Adakah apa yang berlaku sebentar tadi sekadar lakonan di
hadapan keluarga? Perasaan Aisya Umaira mula berbolak balik.
“Isya
dapat rasa dia tak sukakan Isya, umi…” luah Aisya Umaira kepada uminya. Umi
yang menjadi tempat bermanja setelah Aisya Umaira kehilangan ibu kandung sejak
berusia lima tahun lagi.
“Mana
Isya tahu? Ada dia bagi tahu Isya?” Aisya Umaira sekadar menggeleng.
“Tapi
jelas kedinginan dia…” gadis itu cuba memberitahu apa yang terbuku di hati
tetapi segera dipintas.
“Sekarang,
dia suami Isya. Sudah menjadi tugas Isya untuk memikat dia. Ingat, syurga Isya
berada di telapak kaki dia sekarang. Sudah menjadi kewajiban Isya mengambil hatinya,
memudahkan urusan seharianya, menyiapkan keperluan harianya… ” panjang lebar
pesanan ibu tiri Aisya Umaira yang dipanggil umi itu.
Walaupun
sekadar ibu tiri, umi terlalu sayangkan Aisya Umaira. Kasih sayangnya kepada
Aisya Umaira sama seperti kasihnya kepada Fatima Zahra anak kandungnya bersama
ayah Aisya Umaira.
“Isya
takut dia tak dapat terima Isya, umi. Siapalah diri Isya ni…” luah Aisya Umaira
sebak.
“Masih
terlalu awal untuk Isya menilai dirinya sayang…” umi mengenggam jemari Aisya
Umaira untuk berkongsi kekuatan.
“Isya
takut dia menerima Isya hanya kerana terpaksa,”luah Aisya Umaira lagi.
“Tiada
siapa yang memaksa untuk dia memasuki keluarga kita Isya. Isya sendiri tahu itu
kan?” Umi cuba mengingatkan.
“Tapi…”
“Syyy…
jangan terlalu cepat berprasangka yang tidak-tidak Isya,”laju Umi memintas
bicara Aisya Umaira .
Di
hati Aisya Umaira terdetik keraguan apabila memerhati tingkah lelaki yang baru
sahaja sah menjadi suaminya itu. Mungkinkah suaminya ini menerima dirinya
sekadar permintaan keluarga atau ada agenda lain disebalik pernikahan ini?
“Jangan
cepat mentafsir seseorang Isya...lebih-lebih lagi orang itu suami Isya
sendiri,” hanya anggukan yang mampu diberikan sebagai jawapan.“Ingat, Walau apa
yang terjadi, Isya harus taat kepada dia. Dia suami Isya.” Umi menggenggam
jemari Aisya Umaira.
“Isya
perlukan umi…” Air jernih mula bertakung di pelupuk mata.
“Tak…
Isya lebih perlukan suami Isya…” bidas umi laju.
“Macam mana
jika dia buang Isya?” Aisya Umaira meluahkan keraguannya lagi.
“Umi
sentiasa ada untuk Isya…” umi berlalu dari bilik pengantin yang mula terasa
membahang dek keraguan Aisya Umaira.
Best... Kalau boleh, nak jer minta satu update setiap hari... Tamak kan... hihihi....
ReplyDelete